Sunday, July 3, 2011

Apa jadi kat akaun Facebook kita lepas kita mati?

Salam ,,
harini mood berdakwah keyh..
tadi aku jumpa satu gamba kat fan page TerrBaeekkk , sangat2 teruja n aku mohon share lah benda2 baik ni kan... 

awal2, nak tergelak je dengar tajuk dye, "Apa jadi kat akaun Facebook kita lepas kita mati?, engat cam lawak bodo ke ape an,, x nak panjang cite, nah aku share kat korang.. 




Apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas kita mati?


mari kita renung-renungkan bersama

fikir-fikirkan bersama

jika satu hari nanti kita mati,

akaun facebook ini hanya kita yang tahu password

hanya kita yang boleh access..



dan



selepas kita mati..

apa yang jadi pada akaun fb kita?

mungkin ada yang akan ucapkan takziah

mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu

tetapi..

sedarkah kita

gambar-gambar kita..

akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?

gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna

macam mana nanti?

lelaki ajnabi terus-terusan tengok

dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..

walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..

saham dosa terus meningkat..



macam mana?

pernah terfikir tak?

tudung singkat yang dipakai tu, akan selamatkan kita dalam kubur nanti?

legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?

baju yang membalut aurat itu, bagaimana?



mungkin kini

kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik

tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya



tapi di akhirnya nanti..

semua itu tidak akan membawa erti

semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup

di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita



cuba kita renung-renungkan,

saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan kita di muka bumi sehingga hari akhirat



tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan

peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~



jagalah maruah diri sebagai seorang muslimah

mati itu pasti

persiapkan diri untuk mati itu perlu



moga Allah redha dengan perkongsian ini

amin~



renung-renungkan da selamat beramal :) 





●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●●




okeyh, so nampak sangat pesanan si penulis ditujukan kat kaum hawa,, tapi same je, laki pun de upload gamba2 6pak kepala lutut bagai an, so pandai2 la amek ikhtibar deh.. huk2..


lau rasa diri tuh hati batu,kepala angin xnak delete benda2 x senonoh tuh, pandai2 la ek ngan amalan ciput kita nih yg nak bawak kat alam sana,, 




p/s: share2 la pesanan nih lau boleh eh...